Lagu tentang warga yang tidak mampu menyuarakan seksualiti
Penyanyi utama The Venopian Solitude, band indie malaysia yang popular dengan lagu mereka berjudul ‘Tenangkan Bontot Anda‘, baru sahaja mengeluarkan lagu terbaharu mereka yang ditujukan khas kepada individu dan komuniti LGBT di malaysia serta mereka yang mengalami isu-isu kesihatan mental. Lebih dikenali sebagai Takahara Suiko, penyanyi utama band tersebut berkongsi yang lagu berjudul Ragu itu dihasilkan di bawah projek peribadinya, VIONA. Takahara juga telah melancarkan muzik video hujung minggu lepas di halaman FB The Venopian Solitude dengan mesej berikut:
Lagu tentang warga yang tidak mampu menyuarakan seksualiti/keadaan mental mereka kepada keluarga/rakan-rakan tersayang.
A song for those who couldn’t voice out their sexuality/mental health to their close friends.
Lirik:
ragu
terjah dari sudut kalbu yang termangu
meluahkan rasa sayu yang tersimpan
waktu dibelai hujan
lidahnya turut kelu, matanya berkaca dan membisu
ku akur kehendakmu
yang tak mahu kenali
duri yang menular dalam dadaku
dan surut tiap terang cahaya yang menyuluh harapan ku
naluri azali yang merasuk
tindak tandukku yang mencemar duli
dan cemari hati nurani yang diusir
jelata yang lali dengan bisikan hitam dan putih
Ragu – VIONA
Lagu tentang warga yang tidak mampu menyuarakan seksualiti/keadaan mental mereka kepada keluarga/rakan-rakan tersayang.
A song for those who couldn’t voice out their sexuality/mental health to their close friends.
#ragu
Posted by The Venopian Solitude on Saturday, 14 April 2018