Undang-undang berkaitan pekerjaan seks dan pelacuran/persundalan di Malaysia
18 Januari, 2021
Sumber ini dirujuk dalam siri arikel-artikel kita mengenai kerja seks.
Undang-undang Persekutuan | ||
Undang-undang | Seksyen yang Relevan | Huraian |
Akta Kanak-Kanak 2011 | Seksyen 43. Sabitan bagi pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak bawah umur (bagi tujuan pelacuran) | (1) Mana-mana orang yang—
(a) menjual, menyewakan atau selainnya memberikan, atau membeli atau menyewa atau selainnya memperoleh milikan, seseorang kanak-kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran, sama ada di dalam atau luar Malaysia, atau dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan sedemikian; (b) memperoleh seseorang kanak-kanak bagi maksud pelacuran atau bagi maksud melakukan persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau luar Malaysia; (c) dengan atau di bawah apa-apa dakwaan palsu, pernyataan palsu, atau cara fraud atau perdayaan yang dibuat atau digunakan, sama ada di dalam atau luar Malaysia, membawa masuk atau membantu membawa masuk ke, atau membawa keluar atau membantu membawa keluar dari, Malaysia, seseorang kanak-kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran, sama ada di dalam atau luar Malaysia, atau dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan sedemikian; (d) membawa masuk ke Malaysia, menerima atau menyorokkan seseorang kanak-kanak dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu telah diperoleh bagi maksud pelacuran atau bagi maksud melakukan persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau luar Malaysia, dan dengan niat hendak membantu maksud itu; (e) dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak telah dibawa masuk ke Malaysia dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (c) atau telah dijual, disewakan, atau disewa Kanak-kanak 63 atau dibeli dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (a), atau dengan melanggar mana-mana undang-undang bertulis lain menerima atau menyorokkan kanak-kanak itu dengan niat bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran sama ada di dalam atau luar Malaysia; (f) menahan seseorang kanak-kanak di dalam sesuatu rumah pelacuran bertentangan dengan kemahuan kanak-kanak itu; (g) menahan seseorang kanak-kanak di mana-mana tempat bertentangan dengan kemahuan kanak-kanak itu dengan niat supaya kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran atau bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang atau yang lucah; (h) dengan cara apa-apa iklan atau notis lain yang disiarkan mengikut apa-apa cara atau dipamerkan di mana-mana tempat menawarkan seseorang kanak-kanak bagi maksud pelacuran atau mendapatkan maklumat bagi maksud itu atau menerima iklan atau notis itu untuk disiarkan atau dipamerkan; (i) bertindak sebagai pengantara bagi pihak seseorang kanak-kanak atau menjalankan kawalan atau pengaruh ke atas pergerakan seseorang kanak-kanak dengan cara yang menunjukkan bahawa orang itu membantu atau menyubahati atau mengawal pelacuran kanak-kanak itu; (j) melanggan atau menyewa, bagi apa-apa balasan berharga, seseorang kanak-kanak untuk memberi perkhidmatan bagi nafsu seks orang itu; (k) cuba melakukan apa-apa perbuatan dengan melanggar seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan— (aa) dalam hal kesalahan-kesalahan di bawah perenggan (a) hingga (h) atau perenggan (k), boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun atau kedua-duanya; dan (bb) dalam hal suatu kesalahan di bawah perenggan (i) atau (j), boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh yang tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak lebih daripada lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak lebih daripada enam sebatan. (2) Mana-mana orang yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau kali kemudian— (a) di bawah perenggan (1)(a) hingga (g) atau perenggan (1)(k), boleh dihukum sebat tidak lebih daripada sepuluh sebatan; dan (b) di bawah perenggan (1)(i) atau (j), hendaklah dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada enam sebatan dan tidak lebih daripada sepuluh sebatan, sebagai tambahan kepada apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan berhubung dengan kesalahan itu. |
Akta Kesalahan Kecil 1995 | Seksyen 18. Kelakuan tak senonoh dalam hotel, rumah penginapan, dll. | (1) Penjaga mana-mana hotel, rumah penginapan, dalam hotel, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi atau tempat hiburan atau peranginan awam lain yang membenarkan kemabukan atau lain-lain kelakuan tak senonoh dalam rumah atau tempat tersebut, atau membenarkan pelacur atau orang yang dikenali berwatak jahat berjumpa atau tinggal untuk tujuan melacur atau berkelakuan aib di dalamnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau dalam hal kesalahan kedua atau seterusnya denda tidak melebihi lima ratus ringgit.
(2) Apabila mana-mana orang boleh dikenakan di bawah peruntukan subseksyen (1) di atas hukuman bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran yang serupa oleh mana-mana ejen atau pengkhidmat yang diambil bekerja olehnya dalam urusan perniagaannya sebagai penjaga hotel, rumah penginapan, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi atau tempat hiburan atau peranginan awam lain sedemikian; dan tiap-tiap ejen atau pengkhidmat yang diambil bekerja oleh mana-mana orang dalam urusan perniagaannya seperti yang disebut terdahulu boleh juga dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh subseksyen (1) seksyen ini bagi perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran sedemikian dengan sepenuhnya dan berkuatkuasa seolah-olah ejen atau pengkhidmat tersebut adalah penjaga hotel, rumah penginapan, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi, atau tempat hiburan atau peranginan awam lain sedemikian. |
Seksyen 21. Kemabukan dan berkelakuan tak senonoh di tempat awam. | Mana-mana orang yang dijumpai mabuk dan tak upaya menjaga dirinya sendiri, atau bersalah melakukan apa-apa rusuhan, berkelakuan tak senonoh atau lucah, atau berterusan memujuk atau merayu bagi maksud-maksud tak bermoral di mana-mana jalan awam atau di mana-mana tempat awam atau tempat hiburan atau peranginan awam, atau berhampiran dengan mana-mana Mahkamah atau mana-mana pejabat awam atau balai polis atau tempat ibadat, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan bagi sabitan kedua atau seterusnya denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. | |
Seksyen 27. Penjaja yang tidak berlesen. | (a) Tiap-tiap penjaja yang berkeliaran dan berniaga tanpa dilesenkan dengan sewajarnya atau selain daripada diberikuasa oleh undang-undang;
Pelacur (b) tiap-tiap pelacur yang berkelakuan tak senonoh atau sumbang di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam atau di mana-mana tempat peranginan awam; hendaklah disifatkan sebagai orang leser dan tak senonoh dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya. |
|
Kanun Keseksaan | Seksyen 372. Menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan. | (1) Barangsiapa—
(a) menjual, menyewakan atau dengan cara lain menyerahkan, atau memperolehi, membeli atau menyewa atau dengan cara lain mendapatkan mihkan harta mana-mana orang dengan mat sedemikian supaya orang itu akan diberi kerja atau digunakan untuk maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mengetahui atau ada alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan; (b) dengan atau di bawah kepuraan palsu, representasi palsu,atau dengan cara penipuan atau perdayaan yang dibuat atau digunakan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, membawa atau menolong membawa masuk dalam, atau membawa keluar atau menolong membawa keluar dari, Malaysia, mana-mana orang dengan niat sebegitu iaitu orang itu akan diberi kerja atau digunakan bagi maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan maria-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mengetahui atau ada alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan; (c) menerima atau menyimpan mana-mana orang— (i) yang telah dijual, disewakan atau dengan cara lain dilepaskan atau yang telah diperolehi, dibeli, disewa atau dengan cara lain memperolehi milikan dalam keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan dalam perenggan (a); atau (ii) yang dibawa masuk ke dalam atau dibawa keluar dari Malaysia dalam keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan dalam perenggan (b), mengetahui atau mempunyai alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan bagi maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, dan dengan niat menolong maksud sedemikian; (d) menahan secara salah mana-mana orang di mana-mana tempat dengan niat sedemikian supaya orang itu akan diberi kerja atau digunakan untuk maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain; (e) dengan cara mana-mana pengiklanan atau notis lain yang diterbitkan dengan apa cara atau dipamerkan di mana-mana tempat bagi khidmat persundalan atau bagi khidmat di mana seseorang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan, menawarkan mana-mana orang bagi maksud persundalan atau mencari maklumat bagi maksud tersebut atau menerima iklan-iklan atau notis-notis sedemikian bagi penerbitan atau pameran; (f) bertindak sebagai orang tengah bagi pihak lain atau menggunakan kuasa atau mempengaruhi pergerakan orang lain dalam cara sedemikian untuk menunjukkan orang itu menolong atau bersubahat atau mengawal persundalan orang yang lain itu, hendaldah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima belas tahun dan dengan sebatan, dan hendaklah juga dikenakan denda. (2) Bagi maksud perenggan (d) subseksyen (1), adalah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan, orang itu menyalahi menyimpan mana-mana orang sekiranya orang itu— (a) menahan orang itu dan memakai pakaian atau lain-lain harta yang dimiliki oleh orang itu atau memakai pakaian yang biasa diguna atau kali terakhir digunakan oleh orang itu; (b) mengugut orang itu yang baginya pemakaian pakaian atau mana-mana harta milikan yang lain yang telah dijual atau disewakan atau dibekalkan kepadanya dengan prosiding undang-undang sekiranya orang itu mengambil balik daripadanya pakaian atau harta milikan itu; (c) mengugut orang itu dengan prosiding undang-undang untuk mendapat semula mana-mana hutang atau disebut hutang atau menggunakan lain-lain ugutan apa cara sekalipun; atau (d) tanpa kebenaran sah dari pihak berkuasa, menahan kad pengenalan yang telah dikeluarkan menurut undang-undang yang berkaitan dengan pendaftaran negara atau pasport orang itu. (3) Dalam seksyen ini dan seksyen-seksyen 372A dan 372B, “persundalan” bermaksud tindakan seseorang yang menawarkan tubuh badan orang itu bagi pemuasan nafsu untuk disewakan sama ada melalui wang atau sepertinya; dan “sundal” hendaklah diertikan serupa. |
Seksyen 372A. Seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangkan persundalan. | (1) Barangsiapa yang dengan pengetahuan hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan orang lain hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima belas tahun dan dengan sebatan, dan hendaklah juga dikenakan denda.
(2) Di mana seseorang itu dibuktikan ada menggunakan kuasa, mengarah atau mempengaruhi kegiatan persundalan dalam keadaan sedemikian sebagai cara menunjukkan bahawa orang itu menolong, bersubahat atau memaksa persundalan seseorang sundal dengan mana-mana orang lain atau secara umumnya orang itu hendaklah, dalam ketiadaan mana-mana bukti sebaliknya, dianggap hidup dengan pengetahuan bahawa dia hidup hasil pendapatan dari persundalan. |
|
Seksyen 372B. Mencari langganan bagi maksud persundalan. | Barangsiapa yang mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan atau mana-mana maksud perbuatan lucah pada mana-mana tempat hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya. | |
Seksyen 373. Pengawalan rumah-rumah persundalan. | (1) Barangsiapa—
(a) menyimpan, mengurus atau menolong dalam pengurusan rumah persundalan; (b) sebagai tuanpunya mana-mana tempat atau sebagai ejen tuanpunya sedemikian, atau sebagai yang mendiami mana-mana tempat, menyewakan tempat itu atau mana-mana bahagian tempat itu dengan pengetahuan bahawa tempat itu atau sebahagian tempat itu akan digunakan sebagi rumah persundalan atau membenarkan bahagian tempat itu atau sebahagian tempat itu sebagai rumah persundalan atau dengan sengaja adalah pihak dalam penggunaan terus tempat itu atau sebahagian tempat itu sebagai rumah persundalan, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai lima belas tahun, dan hendaldah juga dikenakan denda (2) Dalam seksyen ini, “rumah persundalan” bermaksud mana-mana tempat yang diduduki atau digunakan oleh mana-mana dua orang atau lebih orang sama ada pada satu masa yang sama atau pada masa yang berlainan bagi maksud persundalan |
|
377D. Melanggar kesopanan. | Mana-mana orang yang melakukan, atau bersubahat melakukan, atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana orang, apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan orang yang lain di tempat awam atau di tempat persendinan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun. |
Undang-undang Syariah | ||
Negeri | Seksyen yang Relevan | Huraian |
Terengganu | Seksyen 25. Perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri. | Mana-mana orang perempuan yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. |
Seksyen 26. Perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan isteri atau kanak-kanak dalam peliharaannya. | Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk-
(a) melacurkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya; atau (b) menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. |
|
Seksyen 27. Melacurkan isteri atau anak. | (1) Mana-mana suami yang melacurkan isterinya atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana ibu bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacur adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. |
|
Selangor, the Federal Territories (Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan), Penang, Kedah, Sarawak, dan Johor | Seksyen 23. Pelacuran (Selangor);
Seksyen 18. (Sarawak); Seksyen 21. (Wilayah-wilayah Persekutuan, Johor, Penang); dan Seksyen 19 (Kedah) |
(1) Mana-mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang yang- (a) melacurkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya; atau (b) menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. |
Sabah, Melaka and Perlis | Seksyen 71. Melacurkan isteri atau anak. (Sabah)
Seksyen 74 (Melaka) Seksyen 17 (Perlis) |
(1) Seseorang suami yang melacurkan atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacur adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. |
Sabah | Seksyen 72. Melacurkan diri | Seseorang perempuan yang melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. |
Melaka | Seksyen 75. Melacurkan diri | Seseorang perempuan yang melacurkan dirinya adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali. |
Perlis | Seksyen 18. Melacurkan diri.
|
Mana-mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. |
Kelantan and Pahang | Seksyen 19. Melacurkan diri (Kelantan)
Section 178. Wife offering herself for prostitution (Pahang) Tidak dijumpai enakmen dalam Bahasa Malaysia |
Seseorang perempuan yang melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. |
Kelantan | Seksyen 18. Melacurkan isteri atau anak | (1) Seseorang suami yang melacurkan isterinya atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacur adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. |
Pahang | Section 177. Husband forcing or allowing wife to prostitution.
Tidak dijumpai enakmen dalam Bahasa Malaysia |
A husband who forces, approves or allows his wife to offer herself for prostitution with the intention of receiving earnings therefrom shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment of a term not exceeding two years or to both and to whipping of not more than six strokes. |
Perak | Seksyen 46. Melacurkan diri
|
Seseorang perempuan yang melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. |
Seksyen 47. Melacurkan isteri atau anak | (1) Seseorang suami yang melacurkan isterinya atau dengan sengaja membenarkan isterinya melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak lebih daripada enam kali.
(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya atau dengan sengaja membenarkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya itu melacurkan diri adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak lebih daripada enam kali. |
|
Negeri Sembilan | Seksyen 69. Melacurkan diri
|
Mana-mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. |
Seksyen 71. Orang-orang yang hidup atas atau yang memperdagangkan pelacuran
|
(1) Mana-mana orang yang dengan diketahuinya hidup dengan sepenuh atau sebahagiannya atas pendapatan dari pelacuran seorang lain adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2) Jika seseorang dibuktikan sebagai hidup bersama dengan atau lazimnya bersama dengan seorang atau beberapa orang pelacur, atau sebagai telah menjalankan kawalan, arahan atau pengaruh ke atas pergerakan seorang atau beberapa orang pelacur dengan cara yang menunjukkan bahawa orang itu adalah membantu, menyubahati atau memaksa pelacurannya atau pelacuran mereka dengan seseorang lain atau pada amnya, maka orang itu hendaklah jika tidak dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai hidup dengan diketahuinya atas pendapatan dari pelacuran. |
|
Seksyen 72. Melacurkan isteri dan anak. | (1) Seseorang suami yang melacurkan isterinya atau dengan sengaja membenarkan isterinya melacurkan dirinya adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak melebihi enam kali.
(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya itu melacurkan diri adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak melebihi enam kali. |