Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

Penjagaan diri: Ketahanan dan penyembuhan

Sumber asal: Take Back The Tech 

By Libby VanderPloeg.

Walaupun anda tidak menghadapi keganasan fizikal, kesan dari berdepan dengan gangguan berterusan di talian (online), pencabulan terhadap hak privasi (violation of right to privacy) dan penganiayaan melalui SMS boleh menyebabkan kemudaratan serta melesapkan keberdayaan diri. Selain itu, hal ini juga boleh menimbulkan rasa terpencil, hilang semangat ataupun kemurungan. Hal ini juga berlaku kepada mereka yang membantu individu lain dalam kesukaran atau pengendali kandungan (content moderator) terutamanya di media sosial.

Salah satu langkah yang berkesan  untuk menghadapi kekerasan adalah dengan mengutamakan penjagaan diri. Kekerasan itu bertujuan untuk menjejaskan keyakinan diri, kebajikan dan keupayaan anda untuk terus menjadi warga yang aktif dan terlibat dalam masyarakat. Makanya, penjagaan diri adalah satu langkah pertahanan penting dalam mengawal semula kehidupan anda dan memulakan proses pemulihan diri.

Struktur sosial, yang menekan golongan perempuan dan individu LGBTIQ terutamanya, telah membentuk pemikiran kita untuk menerima keganasan sebagai satu norma selain dari bebanan kerja-kerja domestik, menjaga orang lain dan sebagainya. Ini menyebabkan kita alpa akan diri sendiri. Keganasan yang dihadapi mempunyai kesan jangka panjang bukan sahaja pada penilaian harga diri, tetapi juga terhadap tindakan susulan daripada keganasan.

Setiap orang mempunyai cara penjagaan dirinya yang tersendiri. Berikut adalah beberapa cadangan untuk memulakan penjagaan diri anda. Sebagai permulaan, mungkin lebih baik untuk mencuba beberapa langkah dahulu dan dipertingkatkan dari situ. Yang penting sekali, sayangi diri dan usah terlalu keras terhadap diri sendiri apabila mencuba.

Makanan Berkhasiat: Bunyinya mudah, namun pemakanan sihat merupakan bahagian penting dalam memastikan anda bertenaga untuk menghadapi segala situasi. Pastikan makan secukupnya sepanjang hari. Tumpukan kepada makanan sihat yang memuaskan anda dan sentiasa minum secukupnya. Manjakan diri anda dengan sesuatu yang istimewa.

Bersenam: Keluar berjalan, mendaki bukit, berlari atau menunggang basikal. Teruskan dengan rutin senaman harian , kerana senaman dapat meredakan kemurungan dan kerunsingan. Cuba meditasi, yoga dan tumpukan pada pernafasan anda.

Tidur: Cuba dapatkan sekurang-sekurangnya tujuh jam tidur setiap malam untuk berehat dan segar semula. Tutupkan alat peranti elektronik sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur dan cuba meditasi, teknik pernafasan, menulis diari atau cerita-cerita menenangkan untuk membantu anda tidur.

Rehat: Rehat sehari daripada bekerja demi kesihatan minda anda. Bebaskan diri daripada ruang-ruang di mana anda mengalami keganasan sama ada melalui alat-alat peranti atau dari komuniti digital. Selesaikan kerja-kerja ringan jika ia dapat melegakan anda atau sebaliknya tolak sahaja semuanya ke tepi. Hayati dunia di luar, renung pada bulan.

Redakan tekanan: Tonton filem kegemaran anda, berendam dengan wangian yang menenangkan, minum secawan teh herba, pergi berurut, benarkan diri anda menangis, mulakan diari, luahkan sajak, keluarkan berus lukisan, petik gitar, kuatkan muzik untuk menari, gemburkan tanah untuk menanam bunga.

Pulihkan semangat: Peluk seseorang yang disayangi. Main bersama haiwan. Tandakan laman web yang membuatkan anda rasa gembira dan tenang supaya anda boleh kembali pada bila-bila masa yang anda perlukan kelegaan. Kongsikan laman web kegemaran anda dengan kami di ideas@takebackthetech.net, supaya kami dapat sebarkannya juga!

Sumber lanjut

Self Care is Radical (#femfuture)

Wellness, Self-Care And Security – Why This Is Important To Feminism (AWID)

Methods of Self-Care (Babe Vibes)

Self-Care And Self-Defense Manual For Feminist Activists (CREA)

Promoting self care and well-being among feminist activists and women’s rights defenders: Reflections from Burma and Palestine (Upaya Zen Center)

Self-Care for Friends and Family Members (RAINN)

Gender Based Violence Training Manual, Section 5 (Restless Development)

Surviving after abuse: Looking after yourself and moving on (Women’s Aid)

Sumber asal: Take Back The Tech 

~ ~ ~ ~ ~ ~

Tangan Terbuka Kepada Remaja LGBT

Losing Harapan: Managing Expectations in #MalaysiaBaru

Leave a Reply