Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

Bolehkah pihak polis memeriksa aplikasi Grindr anda?

Kita tahu bahawa pihak polis ditugaskan untuk melindungi kita supaya kekal berada di rumah ketika pandemik. Kita semua amat berterima kasih kepada mereka kerana menjalankan tugas dengan baik. Namun satu minggu yang lalu, kami telah menerima beberapa laporan dari rakyat Malaysia tentang gangguan daripada pihak berkuasa. Contohnya, kejadian yang dikongsi oleh seorang model dan pelakon Malaysia:

(Dalam perjalanan pulang dari rumah ayah saya, saya telah berdepan dengan beberapa pegawai polis yang menahan orang awam di persimpangan antara Bangsar dan Bukit Damansara. Tiada kereta polis, tiada penghadang, tiada lampu. Mengapa saya berasa curiga? Mereka tidak bersarung tangan dan pelitup muka pula tidak dipakai dengan betul.)

Kita juga tahu bahawa hukuman akan dikenakan dengan lebih berat pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Ini bermaksud, akan terdapat beberapa pihak penguat kuasa yang tidak memahami jika sesuatu aktiviti itu telah melanggar arahan dan ia akan menjadi penyalahgunaan kuasa di situ. Mungkin sebilangan kecil rakyat Malaysia menganggap bahawa mereka boleh lari daripada sebarang tindakan kerana melanggar arahan, terutama sekali kumpulan yang kerentanan sosial disebabkan oleh gender, orientasi seksual, kecacatan atau status lain. 

Berikut adalah laporan yang kami terima. Joe (bukan nama sebenar) ditahan oleh pihak polis ketika melalui sekatan jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Petaling Jaya. Kejadian ini berlaku pada hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan. Seorang pegawai polis telah memeriksa telefon bimbit milik Joe. Apabila polis itu melihat aplikasi Grindr terpapar, dia memberitahu Joe bahawa aplikasi sedemikian adalah perbuatan haram sebelum membaca teks mesej milik Joe. Selepas itu, Joe dipaksa untuk mengaku bahawa dia adalah seorang homoseksual sebelum polis itu bertanya lanjut bagaimana rasanya ditiduri oleh lelaki lain. Joe berasa terganggu secara seksual, dihina dan diperkecilkan. Polis itu mengugut untuk menggari Joe dan menelefon ibu bapanya. Akhirnya, mereka hanya meminta sejumlah wang. Joe memberitahu mereka bahawa dia tidak mempunyai duit dan Joe diberi kebenaran untuk meneruskan perjalanan selepas 30 minit disoal siasat. Kini, Joe dan pasangannya berasa takut jika mereka melalui mana-mana sekatan jalan raya. Mereka mungkin tidak lagi bernasib baik untuk pulang ke rumah selepas ini. 

Kami menerima satu lagi laporan, kali ini daripada seorang lelaki OKU pendengaran. Anthony berada di dalam keretanya di tempat letak kenderaan untuk pelawat kondominium. Atas sebab-sebab tertentu, sebuah kereta polis dibenarkan memasuki perkarangan tersebut. Ketika polis melihat Anthony berada di dalam keretanya, mereka menghampiri dan meminta untuk memeriksa dompetnya. Anthony menunjukkan kad OKUnya kepada mereka. Mereka seperti tidak percaya bahawa Anthony adalah OKU pendengaran dan terus bercakap melalui topeng muka mereka. Anthony tidak mempunyai keupayaan untuk mendengar tetapi dia boleh bercakap. Jadi, dia bertanya kepada mereka “sudah?” beberapa kali. Tetapi mereka tidak menghiraukannya sehingga dia bertanya, “polis boleh baca semua ini ke?” Kemudian mereka kembalikan telefon milik Anthony dan melepaskannya. 

Kami telah kongsikan artikel ini secara ringkas pada 27 Mac yang lalu, tetapi terdapat beberapa pihak yang mempersoalkan tujuan artikel ini diterbitkan. Kami ingin menjelaskan bahawa tujuan utama artikel ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti LGBTQ+ untuk mengetahui hak-hak mereka dan langkah-langkah  yang harus diambil ketika berdepan dengan kejadian sebegini. 

Ada juga yang mempersoalkan mengapa mangsa dalam kejadian tersebut tidak membuat laporan kepada pihak polis sahaja. Jawapannya mudah: bukan senang menjadi LGBTQ+ di Malaysia, yang mana undang-undang dan stigma sosial selalu sahaja mendiskriminasi kita. Sekiranya undang-undang sudah tidak memihak kepada kita dan diganggu pula oleh pihak berkuasa, ramai mangsa takut dikecam sekiranya kes sebegini dilaporkan. Bahkan, kadang-kadang mangsa kejadian pula yang dipersalahkan. Mengetepikan laporan penderaan daripada masyarakat yang terpinggir juga sebenarnya membuktikan pandangan kami iaitu: golongan yang lemah akan dipinggirkan. Hal ini menjawab  persoalan mengapa hanya sedikit sahaja kes yang dilaporkan oleh komuniti LGBTQ+ kita. 

Dalam waktu getir sebegini, kami berharap agar masyarakat lebih bersikap empati dan kurang menghakimi kami. Kami mendesak agar masyarakat di luar sana saling bantu-membantu supaya kita sama-sama bersatu  untuk memperjuangkan hak kita. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mendidik komuniti kita supaya mengetahui hak-hak yang kita ada ketika berurusan dengan pihak berkuasa seperti anggota polis. Tatal ke bawah untuk membaca lebih banyak hak yang anda miliki serta senarai tips yang kami sediakan ketika berurusan dengan pihak berkuasa. 

👮 Bolehkah polis melakukan pemeriksaan terhadap telefon bimbit saya? (termasuklah barang peribadi saya)

Polis boleh memberhentikan anda di mana sahaja tempat umum, dengan syarat mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Namun, mereka tidak boleh meminta untuk memeriksa telefon atau barang peribadi anda tanpa sebab tertentu terutama sekali barang-barang peribadi seperti telefon bimbit. Pemeriksaan hanya boleh dilakukan di hadapan pegawai yang berpangkat inspektor dan ke atas (seksyen 17, Kod prosedur Jenayah Malaysia) (BPK).

Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan media ang bertarikh 19 November 2019 menyatakan bahawa PDRM tidak boleh mencari atau merampas telefon bimbit daripada orang awam, kecuali jika mereka disyaki terlibat dalam siasatan yang sedang dijalankan. Khususnya, apabila mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah tindakan berikut :

  • Kanun keseksaan (Akta 574)
  • Seksyen 233 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588)
  • Akta hasutan 1948 (Akta 15)
  • Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (747)
  • Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670)
  • Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Akta 769).

Kesalahan tersebut adalah berkait dengan jenayah seksual, kesalahan komunikasi, hasutan, pemerdagangan manusia dan keganasan.

Sekiranya pegawai polis yang menjalankan siasatan dan mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa telefon bimbit anda atau apa-apa bahan yang anda miliki adalah perlu untuk membantu siasatan, maka mereka mungkin akan melakukan pencarian terhadap barang peribadi anda Bahagian 116, BPK).

👮 Bolehkah polis memeriksa ruang komunikasi saya di aplikasi temu janji?

Jawapannya tidak. Polis hanya boleh memeriksa telefon bimbit sekiranya terdapat sebarang keraguan yang munasabah bahawa anda telah melakukan jenayah dan/atau terlibat dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Contohnya, seseorang telah membuat laporan polis terhadap anda kerana disyaki mencuri duitnya. Pihak polis mempunyai kuasa untuk menangkap anda dan menjalankan siasatan. Tetapi adakah dia perlu merampas telefon bimbit milik anda? Sekiranya seseorang itu mendakwa bahawa anda mengajaknya untuk berjumpa melalui aplikasi Grindr sebelum anda mencuri, maka ya, wujudnya alasan yang kukuh untuk pihak polis meneliti telefon bimbit anda danmengakses Grindr untuk mencari bukti.

👮 Bagaimana pula jika saya mempunyai gambar bogel dalam telefon bimbit saya?

Seseorang boleh didakwa kerana mempunyai bahan lucah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga boleh dibaca untuk mendakwa anda kerana menyebarkan bahan-bahan lucah. Soalan ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang. Buat masa ini, kami menasihatkan anda supaya menyimpan gambar seksi anda di dalam folder yang dienkripsi di dalam telefon bimbit. Sekiranya anda didakwa, pilih untuk tidak mengaku bersalah. Anda juga boleh mencabar penangkapan dan penahanan yang melanggar privasi anda.

👮 Adakah Grindr atau aplikasi lain yang berkait dengan komuniti LGBTQ+ menyalahi undang-undang di Malaysia?

Seperti banyak perkara yang berkaitan dengan LGBT Malaysia, ia tidak konsisten. Grindr dan aplikasi-aplikasi temu janji tidak menyalahi undang-undang, tetapi beberapa laman web LGBTQ+ telah disekat oleh penyedia internet atau MCMC di Malaysia. Kami mencadangkan supaya anda cuba menggunakan Google DNS untuk memintas sekatan tersebut.

👮 Adakah menjadi LGBTQ+ manyalahi undang-undang di Malaysia?

Sebahagian daripada undang-undang adalah tanpa jantina dan jenayah tindakan seksual yang dipersetujui oleh orang ramai. Sebagai contohnya, kanun keseksaan jenayah merujuk “seks tidak wajar” sebagai perbuatan seks oral, seks dubur dan perbuatan tidak senonoh di bawah seksyen 377A, 377B dan 377D tetapi ia tidak disebut dengan nama homoseksual itu sendiri. Sementara itu, undang-undang syariah adalah lebih spesifik dengan menyasarkan hubungan seks antara lelaki dan antara perempuan, serta ungkapan jantina tidak pasti dan identiti jantina.

Walaupun undang-undang mungkin tidak menyebut secara terang-terangan tentang golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender, undang-undang ini sering digunakan untuk menyasar golongan LGBTQ+. Fakta bahawa undang-undang tersebut ada kemungkinan mendorong pihak berkuasa, orang awam dan juga ahli keluarga untuk membuli, memeras ugut, menganggu, dan melanggar orang-orang LGBTQ+ kerana mereka tahu bahawa undang-undang dan stigma sosial ini memaksa LGBTQ+ untuk berdiam diri dan bersembunyi. Ini adalah cara bagaimana seseorang pelaku itu tahu bahawa mereka boleh melepaskan diri dari perbuatan mencederakan dan mendiskriminasi golongan LGBTQ+. Rujuk artikel Queer Lapis ini berkenaan panduan undang-undang LGBTQ+ untuk penjelasan yang lebih teliti.

👮 Apa yang boleh saya lakukan sekiranya saya rasa hak saya dicabul?

Anda boleh menghubungi Jabatan Pematuhan Standard jJabatan Integriti dan Pematuhan Standard,JIPS) menerusi emel di aduan.tt@rmp.gov.my atau hubungi 1800 880 222 untuk sebarang pertanyaan atau membuat laporan mengenai kesalahan polis tersebut.

Anda juga boleh melaporkannya ke balai polis terdekat (atau balai polis selain dari yang dilayan oleh pegawai yang melanggar). Oleh kerana terdapat banyak kes yang melibatkan pegawai menyerang privasi anda, pertanyaan lebih lanjut mengenai masalah seksualiti dan isu keselamatan anda mungkin timbul. Terserah kepada anda jika ingin membuat aduan melalui saluran tersebut.

Anda juga boleh membuat aduan kepada institusi hak asasi manusia nasional kami, SUHAKAM melalui platform dalam talian mereka atau menghantar emel kepada mereka di complaint@suhakam.org.my.nda boleh membuat laporan kepada mereka mengenai pelanggaran hak asasi manusia termasuk gangguan, intimidasi, diskriminasi, dan keganasan kerana orientasi seksual anda, identiti jantina, kecacatan, status kewarganegaraan dan lain-lain. Sertakan butiran berikut:

  • 👀 Bilakah kejadian itu berlaku
  • 👀 Siapa pelakunya, berapa ramai yang berada di sana, adakah mereka pasif atau agresif
  • 👀 Siapakah yang bersama anda
  • 👀 Apa yang mereka buat
  • 👀 Di imana kejadian itu berlaku
  • 👀 Berapa lama tempoh cubaan gangguan
  • 👀 Apakah kesannya
  • 👀 Apa yang anda mahukan daripada aduan ini

Langkah keselamatan lain, bagi mereka yang menggunakan Grindr adalah dengan menggunakan Discreet App Icon (DAI) yang merupakan gabungan bebas keselamatan untuk semua pengguna Grindr dengan menukar logo Grindr dan mengubah nama kepada aplikasi yang lain.

JANGAN PANIK! ADA LAGI TIPS LAIN UNTUK BERDEPAN DENGAN POLIS!

😽 KEKALKAN sikap yang tenang supaya pihak polis tidak mempunyai alasan untuk menuduh anda tidak bekerjasama dan menghalang mereka menjalankan tugas mereka (ini adalah kesalahan dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan Malaysia). Kadang-kadang, ia menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai apa-apa yang perlu disembunyikan seperti menyalakan lampu dalam kereta semasa anda menghampiri sekatan jalan raya. Tetapi, jangan keterlaluan, kerana hal itu mungkin mencurigakan. 

😽 SOPAN tetapi tegas bertanyakan soalan kepada pihak berkuasa:

  • Meminta mereka mempamerkan “kad kuasa” – ID polis sebelum disoal siasat.
  • Apakah tujuan mereka memeriksa telefon anda (pastikan ada polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi bersama mereka).
  • Jenayah apakah yang anda disyaki terlibat untuk ditahan Dibawah Seksyen dan Akta apa yang mengatakan aplikasi tersebut tidak sah, sekiranya pegawai tersebut memberitahu anda bahawa aplikasi Grindr atau yang serupa dengannya dan tidak sah.
  • Apakah pautan aplikasi tersebut adalah satu jenayah yang membolehkan anda disyaki.

😽 JIKA mereka memeriksa isi kandungan beg anda, beritahu mereka bahawa anda sendiri akan mengosongkan beg anda, jika boleh. Keluarkan semua barang satu persatu dan letakkan di permukaan sehingga semua barang dapat dilihat. Beri beg anda untuk menunjukkan bahawa tiada apa yang disembunyikan. Apabila anda mengeluarkan barang satu persatu, anda juga disarankan untuk memberitahu setiap item tersebut. Contohnya, ketika mengeluarkan telefon dari poket anda, katakan “sekarang, saya mengeluarkan telefon saya” atau hanya “telefon, dompet, dan lain-lain.”

😽 JIKA mereka berkeras mengarahkan kamu untuk menyerahkan telefon, turutkan dahulu dan buat laporan terhadap mereka selepas itu.

😽 BERDIKARI dekat dan perhatikan apa yang pegawai itu lakukan pada telefon atau barang anda sewaktu pemeriksaan. 

😽 PERHATIKAN maklumat yang dapat dikenal pasti dari pegawai polis termasuk nama mereka, nombor kad kuasa dan nombor pendaftaran kereta polis. Sekiranya anda berasa terlalu sukar untuk mengingati setiap butiran tersebut, perhatikan di mana dan pukul berapa pemerikasaan berlaku. Setiap stesen mempunyai log pegawai yang bertugas. 

😽 CATATKAN semua perbuatan keji yang dilakukan terhadap anda untuk membuat aduan atau tindakan undang-undang. Anda boleh menghubungi kumpulan hak asasi manusia, bantuan undang-undang, atau menghubungi kami di hello@queerlapis.com untuk mendapatkan bantuan. 

😽 TUNTUT hak anda untuk menghubungi kenalan rapat, peguam atau badan NGO jika anda ditahan. Anda boleh mendapatkan bantuan Yayasan Bantuan Guaman (YBGK) untuk perwakilan undang-undang percuma

Ingatlah, seperti orang lain, orang LGBTQ+ adalah sama di bawah undang-undang dan berhak mendapat pelindungan undang-undang yang sama dibawah Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan. Baca lebih lanjut mengenainya dalam artikel Queer Lapis kami LGBTQ Legal Guide: Does the Constitution Defend Our Rights?”. Kita juga berhak diberitahu tentang sebab penahanan dan diwakili secara sah oleh peguam pilihan kita sebagaimana yang dinyatakan oleh Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan. 

Kadangkala, kesabaran memerlukan kita belajar menyesuaikan diri dengan keadaan. Nilaikan betapa besarnya risiko setiap kejadian, perhatikan jika mereka adalah musuh atau bersifat tenang, dan sesuaikan diri dengan sebaiknya. Cuba untuk tidak memburukkan lagi keadaan dengan bersikap provokatif.

Kadangkala, mematuhi perintah polis tidak bermakna anda telah menyerah dan mengaku bersalah. Selagi anda tahu hak-hak anda dan cara untuk melawan menggunakan undang-undang, yakinlah bahawa keadilan akan menang juga pada akhirnya. Oleh itu, janganlah kita berdiam diri dalam menghadapi sebarang ketidakadilan. Marilah kita sama-sama berganding bahu dan menyelamatkan komuniti kita. Sekiranya anda mengenali sesiapa yang berkongsi pengalaman yang sama, sila hantarkan emel kepada kami di hello@queerlapis.com.

~ ~ ~ ~ ~ ~

Bacaan lanjut:

RED BOOK Untuk “Police & Your Basic Rights”. Garis panduan ini berguna untuk semua termasuk orang lokal, migran, atau pelari.

ASKLEGAL: Bolehkah PDRM memeriksa fon anda… tanpa sebab yang sah?

SOYACINCAU: Adakah polis mempunyai hak untuk memeriksa fon anda?

CHIT CHAT BERSAMA JELITA: Penangkapan

SUARAM: Hak anda & kuasa polis