Apa kata orang ramai terhadap keputusan Seksyen 28 oleh Mahkamah Persekutuan?
JEJAKA dengan kerjasama Queer Lapis telah membuat tinjauan pendapat orang ramai termasuk para aktivis, individu LGBTQ dan peguam berkaitan keputusan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Kes ini berkaitan semakan kehakiman Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Berita lanjut di sini.
Apakah KESAN keputusan mahkamah ini terhadap kehidupan anda?
“Protection for our community supaya tak ditindas oleh penguasa syariah” – Kimo
“Ia memberi jaminan ke atas keselamatan saya sebagai LGBTQ” – Aez
“Sebagai warga LGBT Malaysia yang tertakluk di bawah perundangan syariah, keputusan hari ni sedikit sebanyak memberi sinar harapan dan outlook yang positif terhadap masa depan saya kerana keputusan hari ini serba sedikit mengurangkan cengkaman oleh undang-undang yang tidak adil terhadap komuniti kita. Meskipun jauh lagi perjalanan kita dalam mengharungi perjuangan ini, keputusan hari ini adalah permulaan yang memberi morale yang sangat tinggi untuk mengharungi liku-liku kehidupan sebagai sebuah komuniti.” – Shah
“Getting goosebumps right now. So happy for my LGBTQ friends 🧡” – Miss
“That some hope is restored in the justice system that once again successfully upholds the constitutional supremacy in Malaysia. The opening of spaces and opportunities to mount more legal challenges on laws that violates the Federal Constitution” – Nurul
“Keputusan hari ini akan membantu memudah cara kerja saya dalam membantu komuniti terpinggir untuk memperjuangkan hak mereka yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia” – Saiful
“Wonderful to see the Constitution being upheld. There is no place for criminalising sexual behaviour” – Prof Adeeba Kamarulzaman
“The first step of having our constitutional rights recognised over fundamentalism, intolerance and hate. What may seem like a minor win is a historic victory for a community who are still denied our basic humanity – AND a unanimous vote too! #TetapBangga” – Pravind
Apakah HARAPAN anda untuk Malaysia?
“This is AMAZING! At last my country is on the right path. I just hope acceptance for the LGBT is normalized! Progress might be slow but a victory is always a victory!” – FF
“Semoga Malaysia lebih terbuka berkaitan isu LGBT” – Afzal
“Untuk melihat kejayaan dalam pembatalan enakmen syariah yang seumpama dengan Seksyen 28 Syariah Selangor di negeri-negeri lain, dan seterusnya pemansuhan undang-undang kejam seperti Seksyen 377A” – Shah
“Saya berharap tiada diskriminasi dan memansuhkan undang-undang seperti tersebut” – Naz
“That in my lifetime, I am able to be part of the legal team that takes down S.377A, B & D and witness the decriminalization of consensual sex and same-sex relations between adults. Sistem kehakiman lebih berani dan lebih progresif dalam mengangkat human rights & constitutional supremacy. Lebih ramai queer lawyers dan members of queer community ke depan dalam mengangkat legal advocacy dan mencabar undang-undang yang mendiskriminasi atas dasar SOGIESC” – Nurul
“I just want us to coexist peacefully with everyone” – Zrii
“Lahirnya masyarakat yang harmoni, adil dan saksama” – Anne
Ini sebahagian daripada pandangan dan harapan yang sempat kami kumpulkan. Anda ada pandangan sendiri dan ingin berkongsi bersama kami? Boleh sampaikan kepada kami dalam borang pungutan suara ini. Terima kasih! 👩⚖️🥰
—
Disediakan oleh Salami