Sans-serif

Aa

Serif

Aa

Font size

+ -

Line height

+ -
Light
Dark
Sepia

Program Felo Keselamatan Digital PROTECT untuk Komuniti LGBTIQ+ di Malaysia

Read this call for applications in English.

Terdapat peningkatan dalam kes ancaman siber, daripada pengawasan dan penggodaman, kepada dedah maya (doxxing) di mana-mana sahaja. Lebih teruk lagi, adakah anda tahu bahawa komuniti LGBTIQ+ di Malaysia secara khususnya amat terdedah kepada risiko keselamatan digital seperti ini?

PROTECT Digital Security Fellowship atau Program Felo Keselamatan Digital PROTECT ialah program berbayar selama enam bulan oleh PLUHO dan Internews yang bertujuan untuk menyediakan aktivis LGBTIQ+, pemimpin dan ahli komuniti dengan ilmu pengetahuan keselamatan digital. Matlamatnya adalah supaya para felo membangunkan pelan tindakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan ini dengan komuniti mereka, sekaligus menjadikan mereka lebih kukuh dan lebih berdaya tahan terhadap ancaman digital. PLUHO dan Internews akan memberikan sokongan dan dana untuk menjalankan pelan tindakan anda!

Bersedia untuk membuat perubahan? Mohon untuk menjadi felo! Tarikh akhir telah dilanjuntkan ke hari Isnin, 18 Mac, jam 11:59 malam.

Siapakah yang kami cari?

Mereka yang merupakan sebahagian daripada komuniti LGBTIQ+, di mana-mana lokasi dalam Malaysia yang berminat dengan keselamatan digital dan berminat untuk berkongsi maklumat ini dengan komuniti mereka. Kami mencari pengelola, pengamal, dan ahli komuniti yang berminat untuk meningkatkan keselamatan digital mereka dalam talian. Tiada pengetahuan tentang keselamatan digital diperlukan untuk kursus ini—cuma perlu tenaga dan keterujaan untuk belajar! Bahasa utama yang akan kami gunakan ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Isyarat Malaysia.

Individu daripada komuniti yang kurang diwakili digalakkan untuk memohon, termasuk mereka yang tinggal di luar Lembah Klang, mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak, wanita lesbian, biseksual dan queer (LBQ), individu bukan binari, aseksual, individu transgender, migran, pelarian, dan individu tidak bernegara (stateless), berpendapatan rendah, pekerja seks, orang kurang upaya, dan lain-lain.

Apakah garis masa program?

Apakah komitmen kepada program?

Para felo dijangka untuk memberikan komitmen sebanyak 4 jam dalam seminggu untuk pembelajaran dan penglibatan dalam talian, menyertai sesi dalam talian setiap dua minggu, dan menghadiri dua sesi secara fizikal di KL pada bulan April dan Ogos 2024. Selepas menamatkan program felo ini, para felo juga akan mengambil bahagian dalam acara keselamatan digital antarabangsa. Semua perbelanjaan perjalanan akan ditanggung.

Sambungan Internet yang stabil diperlukan untuk menyertai program ini. Kami boleh menyediakan dana untuk anda mengakses Internet dengan selamat.

Apakah manfaat program ini?

  • Para felo akan diberikan elaun bulanan yang lumayan untuk masa dan tenaga yang diluangkan
  • Program ini menanggung sepenuhnya dua perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri latihan dan bertemu dengan peserta dan pelatih program
  • Peluang untuk menghadiri acara keselamatan digital antarabangsa yang dijadualkan pada bulan September 2024
  • Peluang permohonan dana tambahan bagi pelan tindakan untuk penglibatan komuniti berkenaan keselamatan digital
  • Sokongan untuk mengurangkan risiko penyertaan anda dalam program felo ini, termasuk Yubikey dan VPN. Keduanya ialah alat untuk melindungi anda dan peranti anda daripada pengawasan.

Apakah yang akan anda pelajari?

Selama empat bulan latihan secara fizikal dan dalam talian, para felo akan mempelajari pelbagai topik untuk memahami keselamatan digital dengan lebih baik. Tiada pengetahuan terdahulu diperlukan. Topik termasuk:

  • Pengenalan kepada keselamatan digital dan Internet feminis
  • Mempelajari ancaman dan serangan siber yang biasa terjadi, termasuk pancingan data, perisian hasad dan kejuruteraan sosial, serta cara untuk melindungi diri anda
  • Mempelajari kaedah penilaian risiko dan membangunkan strategi pengurangan risiko, termasuk penyulitan, pengesahan dua faktor (2FA), melindungi maklumat peribadi di media sosial, privasi dan perlindungan data, serta banyak lagi
  • Mempelajari cara untuk menjadikan komunikasi dan penggunaan Internet lebih selamat secara menyeluruh, termasuk mempertimbangkan kesejahteraan emosi dan etika
  • Mempelajari cara untuk melindungi organisasi dan komuniti daripada ancaman digital, dan banyak lagi!

Sesi akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Jurubahasa Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) juga akan disediakan jika perlu.

Adakah anda bersedia untuk menjadi felo PROTECT?

Mohon untuk menjadi felo sebelum 11.59 malam, 18 Mac. Hantarkan e-mel kepada protectfellowship.my@gmail.com jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.