Jerangkung Dalam Almari
Oleh Akif | 16 November 2020
Jadi gay ni susah kan? Sejak zaman sekolah lagi dah terasa macam kena pendam perasaan tu. Bila dah masuk zaman dewasa lagi la susah. Sebab kita macam tak tahu nak gerak ke mana untuk hala tuju kehidupan kita.
Adakah aku perlu berkahwin?
Adakah aku perlu beritahu semua orang yang aku ni gay?
Atau adakah aku kena pendam perasaan aku ni dan berpura pura jadi heteroseksual?
Semua soalan itu selalu berpusing-puing dalam kepala otak. Nak cerita ke? Atau tak nak cerita?
Kalau kena berkahwin, nak kahwin dengan perempuan ke? Tak boleh ke kahwin dengan lelaki atau sesama jantina? Adakah ianya satu paksaan kena kahwin dengan perempuan? Kenapa saya kena kahwin dengan perempuan dan tidak boleh berkahwin dengan lelaki?
Adakah salah untuk saya suka pada sesama jantina? Adakah ianya salah? Adakah ianya berdosa? Ia tak macam masa kecil dulu, “Hai, saya nak jadi gay, sila jadikan saya gay!”
Tidak Senang Jadi Anak Gay
Setiap impian ibu bapa mesti nak anak dia kahwin dengan pasangan yang baik dan pekerti mulia, bla bla bla. Bagi aku, jadi gay memang susah. Kau ada pasangan yang baik ke atau tak baik ke, pasangan kau tetap tak akan boleh diterima oleh keluarga kau. Aku kadang-kadang macam benci juga dengan diri sendiri sebab kenapa aku yang kena jadi gay? Sebagai seorang yang membesar dalam keluarga tipikal Malaysia, kau jadi gay ialah big NO NO! dalam kehidupan seharian.
Kenapa bukan kau yang jadi gay?
Atau kau,
atau kau,
atau kau,
kau dan kau yang lain! (Sambil tuding jari ke semua arah)
Kenapa aku? Kenapa aku yang kena jadi gay! (tuding jari kat diri sendiri)
For God sake, why me?!
Dan bagi aku pula, jadi straight atau heteroseksual tu macam senang sahaja.
Kalau jadi gay, jika kau ada pasangan sekalipun, kau tak boleh menunjuk pasangan kau depan mak bapa masing-masing.
“Mak, ayah, ni Ariff. Pakwe kita.”
Hahaha, mahunya kena taji atau parang dengan mak ayah kau lepas tu. Selalunya hanya akan kenalkan dengan sebegini rupa,
“Mak, ayah, ni Ariff. Kawan satu universiti.” Walaupun hakikatnya, dia ialah pasangan sehidup semati kau, hahaha!
Kadang kala aku macam cemburu dengan kehidupan orang heteroseksual. Kau ada pasangan? Bawa pasangan kepada keluarga, buat sesi kenal kenalan, dan voila! lepas itu boleh terus berkahwin. Hidup aman bahagia. The end. Jieshu. Wakas. Samaapt. Tamat.
Kalau gay? Nak kenalkan sebagai pasangan sehidup semati pada emak dan ayah? Memang haram la benda tu nak berlaku dalam seribu tahun sekali pun.
Aku tak nafikan, ada sahaja keluarga yang macam sedikit menyokong, tak kisah anak dia gay atau suka pasangan sesama jantina.
“Oh my God, you guys are so adorable!”
Ataupun,
“Jangan risau, mak dan ayah selalu sokong you guys. Hope you guys happy with the relationship.”
Tapi cerita-cerita kat atas ni hanya terpakai pada sesetengah orang atau ibu bapa sahaja dalam dunia ini, apabila mereka tahu tentang hubungan gay anak-anak mereka.
MALANGNYA, dialog yang sering terpacul daripada mulut mereka,
“Kau bukan anak aku!”
“Kau berambus je la!”
ataupun,
“Aku tak ajar kau untuk jadi gay!”
Jika kau, kau dan kau wahai umat manusia tahu kesusahan yang kaum gay alami hampir setiap hari, rasa membuak-buak nak beritahu semua orang, “AKU GAY LAAAAA!”, tapi kena tahan semua benda tu sebab gay ialah perkara tabu. It is kinda depressing.
Kadang kala tertanya juga, nak buat luahan perasaan pada siapa?
Pada mak? Adakah mereka memahami?
Pada ayah? Tapi nanti kalau kena marah macam mana?
Pada kakak?
Pada abang?
Atau kawan-kawan rapat heteroseksual?
Aku Telah Bersangka Buruk. Jahatnya Aku!
Oh ya, cakap tentang kawan-kawan rapat heteroseksual ni kan, sebenarnya aku ada berkongsi cerita kepada mereka yang aku ini ialah gay dan homoseksual serta suka pada mereka yang sesama jantina. Aku juga pernah kenalkan pada mereka teman lelaki aku suatu ketika dahulu.
“Oh kenalkan, ni Azam. Pakwe aku.”
Adakah mereka benci aku? Tidak. Sejujurnya mereka terima aku seadanya.
Terkejut? Ya. Sebab rupanya selama ini anggapan aku yang mereka akan tinggalkan aku sebenarnya hanyalah tanggapan negatif aku sahaja. Aku pula yang berasa segan sebab anggap yang bukan-bukan pada mereka. Tak baikkan aku ni? Haha.
Terharu? Ya, aku sangat-sangat terharu kerana mereka itu (merujuk kepada kawan aku) ialah kawan-kawan terbaik yang aku pernah ada kerana terima aku seadanya. They are the best!
Adakah mereka menghina aku hanya kerana aku seorang gay? Tidak juga. Mereka kadang-kadang masih bergelak ketawa bersama aku serta tidak pinggirkan aku. Mereka masih bersama aku.
Adakah mereka tinggalkan aku? Tidak sama sekali. Mereka sentiasa ada dengan aku saat aku susah dan juga senang. Aku masih ingat akan satu kejadian di mana masa tu aku baru putus cinta dengan teman lelaki aku. Aku cerita,
“Aku baru putus dengan Azam.”
Heteroseksual yang lain mungkin akan geli atau jelik dan cakap,
“Eww, bagus la tu dah putus. Boleh la cari pasangan berlainan jantina dan kahwin lepas ni.”
Tapi reaksi kawan-kawan aku ialah….
“Kau okay?”
“Weh, kenapa kau orang putus? Ala, kenapa ni?”
“Kau menangis ke? Jangan la menangis. Nah, tisu.”
Dan sehingga hari ini aku masih tak dapat nak cerna bahawasanya aku la yang selalu sangka buruk dan salah sangka kepada kawan-kawan aku tetapi sebenarnya mereka terima sahaja diri aku yang seadanya. Mereka terima diri aku yang sukakan sesama jantina. Mereka terima diri aku yang gay. Mereka terima diri aku yang homoseksual.
“Akif, aku nak kenalkan kau dengan kawan lelaki aku. Nak tak?”
“Aku ada kawan yang aku tahu gay dan masih single. Kitorang kawan masa zaman belajar. Kau nak kenal dengan dia?”
Sejujurnya aku agak terkejut dengan respons kawan-kawan aku kerana sampai satu tahap mereka hendak kenalkan aku pada kawan-kawan mereka yang lain hanya untuk melihat aku kembali ceria selepas putus cinta. Kalau itu tidak menunjukkan yang mereka bukan kawan yang terbaik, aku tak tahu la nak cakap apa lagi.
Mereka terlalu baik yang selalu menceriakan aku.
Jadi gay ni macam cuaca dekat Malaysia. Kau tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada hari yang mendatang. Kadangkala panas. Kadangkala hujan. Kadangkala nasib kau baik. Kadangkala nasib kau buruk.
Tetapi itu yang membuatkan hidup kita menjadi lebih berwarna-warni dan hargai akan orang sekeliling. Kita harus akui yang tidak semua benda dalam hidup ni kita boleh dapat. Kadangkala kau harapkan untuk dapat A tetapi kau dapat B pula selepas itu. Kau mungkin harapkan keluarga kau untuk terima kau tetapi sebenarnya kawan-kawan kau yang lebih memahami.
Kita Kuat Bersama!
Kau seorang homoseksual yang sedang membaca karangan ini?
Nasihat aku, mungkin bukan untuk semua, cubalah jadi gembira selalu dan jangan mengalah dalam hidup. Tetapi jika tidak mampu, tidak mengapa. Kita ada komuniti yang sedia menghulurkan tangan membantu. Kita kuat bersama!
Hidup memang susah dan penuh dengan cabaran tetapi itu yang kita panggil sebagai kehidupan, kan?
Kalau kau jatuh, itu tidak bermakna kehidupan kau sudah berakhir. Hidup dengan penuh makna atau orang putih cakap, “Live to the fullest”, kerana kita hidup hanya sekali sahaja.
Jika bukan kita yang membuatkan diri kita gembira, siapa lagi kan?
~ ~ ~
Akif adalah seorang remaja yang suka menulis dan makan ayam goreng pada waktu lapangnya. Hasil tulisan Akif boleh dilawati di Wattpad @ThakifIman.
Pelukis ilustrasi, Shamrizan, seorang pelukis dan pemuitis bebas. Pembikin cerita pada karyanya, berselit pujangga-pujangga picisan. Karya beliau boleh dilawati di akaun Instagram @shamrizan.
Pesanan Queer Lapis: Jika anda mahupun sesiapa sahaja dalam komuniti LGBTIQ yang memerlukan khidmat sokongan dan bantuan kesihatan mental, boleh rujuk panduan yang disediakan Queer Lapis (dalam bahasa Inggeris). Jika anda mempunyai pandangan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi Queer Lapis melalui borang ini atau e-mel kami di hello@queerlapis.com.
5 Comments
Tidak pernah mengecewakan setiap kali baca nukilan @Thakifiman. Keep up the good work and be confident in whatever you do.
Thanks for writing. The struggle is true and too familiar. Such a remedy.I was diagnosed with bipolar disorder just recently and on meds now. I too was forced to keep it low and secret. Scared. Alone.
Gay..perkara yang salah tetap salah.Tak perlu nak ‘play victim’ nak kata orang lain tak memahami.
Ingatlah, sehina-hina haiwan pun tidak akan pernah mencari pasangan sama jantina untuk mengawan.
Hiduplah mengikut fitrah penciptaan yang Allah aturkan.Sekiranya berlaku konflik dalam diri, uruslah mengikut aturan syariat.
Bukan semberono mengikut hawa nafsu tanpa ada asas yang betul.
the main problem is we didnt choose to be gay, my parents thought me about our religion at a very young age, i grew up thinking that im going to hell for being gay. the truth is im not. not as long as i dont act upon it. being a non-hetero isnt a choice. why would we choose to be hated, discriminated, to be treated like shit everyday? (to be specifically clear, im an atheist now)
https://www.yalescientific.org/2012/03/do-animals-exhibit-homosexuality/
Di atas merujuk kepada rencana yang menunjukkan beberapa haiwan yang menampakkan sifat-sifat homoseksualiti. Malahan, terdapat banyak rencana saintifik yang menunjukkan homoseksualiti ialah suatu sifat semula jadi dan wujud dalam kalangan haiwan, termasuklah manusia.
Penat menghadap dengan argumen yang sama yang tidak membawa apa-apa makna dalam perbincangan ini.